Aku termenung menatap indahnya hujan.

Dari sudut mataku yang basah, lantunan lagu begitu menyayat hati.

Adakah aku telah melupakan-Mu?

Beri aku jalan kebenaran dalam menapaki cinta-Mu yang hakiki.

Tiada ragu, tiada dusta, tiada derita.

Begitu hanya dari-Mu yang aku inginkan dalam hidup ini.

Tapi, ke mana lagi harus ku ramaikan hatiku?

Dalam kesendirian dan dalam kehampaan.

Ya Rabb, temani aku dalam mendungnya hati.

Warnai cintaku di kelabunya hati.

Terangi jiwaku dengan cahaya-Mu yang haq.

Jangan biarkan aku terhanyut oleh arus sungai dunia.

Tapi, tetapkan aku berlayar di samudera akhirat.

Created by: Farhan Nafisah